Total Pageviews

Saturday 18 June 2011

KARNIVAL BOLA TAMPAR 2011

Karnival Bola Tampar 2011 melabuhkan tirainya. Perlawanan kategori menengah atas menobatkan pasukan Imam Muda Season 2 (IMS2) sebagai johan manakala bagi kategori menengah rendah pula, pasukan Relai VC (RVC) yang terdiri drpd pelajar-pelajar tingkatan 2 merebut gelaran johan. Pasukan IMS2 menang besar dalam pertandingan ini dan berjaya membelasah satu pasukan dengan hanya mata 25 berbalas 3 sahaja manakala pasukan RVC mengalahkan pasukan senior tingkatan 3 yang lain.
Yang paling menggembirakan aku ialah pemain-pemain yang berjaya semua adalah anak didikku sendiri dalam arena bola tampar. Mereka telah berjaya membuktikan hasil latihan mereka setiap petang itu sangat berbaloi dan inilah ganjaran yang mereka perolehi. Itulah semangat yang diinginkan jika mahu berjaya. 
Apapun tahniah kepada semua pemenang dan senarai nama pelajar2 yang dipilih menyertai sesi pemilihan untuk menjadi pemain rasmi sekolah akan diumumkan kemudian.

Tuesday 31 May 2011

Cuti Sekolah

Seronok nya cuti selama 2 minggu ni. Boleh berehat tapi perlu siapkan tanda kertas Fizik yang berlambak ni. Apapun "CUTI is CUTI"

Monday 30 May 2011

Edisi Kembali

Assalamualaikum lafaz pembuka bicara,

Sekian lama "berehat" sebab hilang maklumat tentang blog lama. Sekarang kembali dengan semangat baru.
I'M BACK !!