Total Pageviews

Wednesday 26 December 2012

LUKISAN - Seni Dalam Kehidupan

         

Sewaktu berkunjung di pasaraya TF, Bentong tadi tiba-tiba aku terpandang buku lukisan (drawing block) yang mengingatkan daku memori tentang lukisan. Aku bukanlah mahir dalam melukis tetapi baru-baru ini aku berjaya jua siapkan sebuah lukisan. Potret yang ku lukis itu adalah memenuhi permintaan khas adik Naim, sempena menyambut hari lahirnya yang ke-17.

 

Jika dihitungkan masa, aku kira sudah 14 tahun lebih lamanya aku tidak melukis potret, sejak tahun 1998 lalu. Itupun aku hanya pernah hasilkan sebuah potret kecil sahaja semasa tahun tersebut dan tidak dipamerkan. Walaubagaimanapun, seperti yang aku tegaskan awal tadi dan ingin ku tambahkan lagi sebenarnya aku memang tidak minat untuk melukis tapi bak kata adik-adikku, aku ada bakat. Aku cuma agak OK lukis potret sahaja yang aku rasakan masih tahap amatur. Aku tiada keyakinan untuk melukis yang selain daripadanya. Di sini aku pamerkan hasil lukisan (salah satu diedit) buat tatapan para pembaca.

Potret adik Naim 2012 (gambar asal)

Potret setelah diedit

 

Monday 24 December 2012

PIANO.. MY FAVOURITE MUSICAL INSTRUMENT



             Piano atau alat muzik setara dengannya iaitu keyboard merupakan alat muzik yang cukup indah dan merdu untuk dimainkan. Bermula sukuan ke-3 tahun 2011 aku mula menjinakkan diri dengan hobi baru ini. Bagiku muzik ini indah dan berseni. Lantaran meminatinya, aku membeli sebuah keyboard Yamaha E-223. Itu yang paling murah aku beli untuk membolehkanku belajar bermain. Walaupun banyak kekangan masa dan aktiviti, aku cuba meluangkan masa mempelajarinya. 

Alhamdulillah, walaupun aku tidaklah mahir dan sehebat mana namun aku cukup gembira dapat jua memainkan beberapa lagu terutama lagu kegemaranku Hokage Funeral, Neji vs Hinata, Sadness & Sorrow (contoh lagu yang aku mainkan dan rakamkan http://www.youtube.com/watch?v=ctmCQiMQsGw ) yang dipetik daripada siri animasi popular Jepun iaitu Naruto. Meskipun kedengaran agak kartun, bagiku muziknya cukup indah. Beberapa lagi lagu sampingan turut aku pelajari. Ada antaranya berbekalkan kreativiti sendiri aku cuba gubah key & chord berdasarkan pendengaran. Cubaan aku seterusnya memuat naik (upload) ke youtube. Apa yang ku harapkan dapat terus memahirkan diri. Bagiku tidak mengapa lambat asalkan ada perkembangan daripada semasa ke semasa. Sehingga kini, sudah 1 tahun lebih aku belajar bermain keyboard.




Sunday 23 December 2012

BERENANG-RENANG


Hobi berenang aku pula semakin berkembang kerna "geng" aku (adik Naim) pun memang pantang dengar perkataan "kolam" , "berenang". Dari Gambang Water Park, ke Lanjut Beach Resort, Pantai Hiburan, kolam ShahZan Inn Kuantan, PCB Resort. Yang paling tidak dapat kulupakan pengalaman mandi parit di kampung abahnya Naim di Parit 12, Sg Besar, Selangor.
Mandi di Parit 12, Sg Besar, Selangor (bersama abang Ijal & adik Naim)

Friday 21 December 2012

SUKA DUKA 2012

Sudah lama kiranya aku tidak menulis di dalam blog ini. Faktor masa & pengisian harian yang padat mungkin menjadi puncanya. Sedar tak sedar tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya. Apapun syukur alhamdulillah kerna aku rasakan tahun ini merupakan tahun yang paling gembira dan ceria sepanjang 28 tahun aku hidup di dunia yang fana ini.
Pelbagai kisah suka duka dilalui sepanjang 2012 dan aku rasakan banyak kegembiraan bukti kasih sayang Allah s.w.t diberikan kepadaku. Bila memikirkan 2013 bakal menjelma aku tiba-tiba aku menjadi sayu. Aku sememangnya sedia maklum sebab musababnya. Tapi aku masih ingat nasihat kawan baikku, Azira yang berpesan supaya aku perlu redha dan relakan semua berlalu dan insyaAllah akan digantikan dengan yang lebih baik. Insya-Allah akan aku tabahkan hati.
Setiap kesabaran di atas ujian-Nya rupanya akan dianugerahkan balasan yang tidak terduga. Begitulah yang aku rasakan. Kurniaan Allah bermula tahun 2011 sehingga kini tidak dapat aku gambarkan dengan perkataan. Namun di sebalik kurniaan tersebut terselit jua dugaan dan cabaran silih berganti. Aku cuba sedaya upaya untuk tabahkan hati lalui semua itu.
Pabila terkenang ayat adik Naim berbunyi "senyumlah.. dapat menghilangkan duka", aku cuba untuk berbuat demikian. Tidak mahu dirundung perasaan sedih. Bak kata DCT "Bagiku bukan musibah malahan hikmah berharga"
Pengalaman menarik dan berharga banyak ku tempuhi dan lalui dalam tahun ini dan sebenarnya bermula suku ke-4 tahun 2011 lagi. Paling tidak dapat ku lupakan episod jalan-jalan ke Kuala Lumpur-Genting Highlands dan juga meredah Melaka. Kedua-dua perjalanan tersebut secara bertiga bersama tak lain tak bukan adik Naim dan kawan sejak UKM lagi dan teman se"posting" iaitu Amir Hayyu aka Hayyu.
Yang menyeronokkan pabila hobi berenang aku pula semakin berkembang kerna ade "geng" aku (adik Naim)