Total Pageviews

Thursday 18 December 2014

SERBU!!! 
MACAM-MACAM 

Hari ni hari gaji, awal jugaklah pada bulan Disember bagi penjawat-penjawat awam. Dalam cuaca yang hujan ni, aku bersama Mama keluar ke nursery-nursery di sekitar. Boleh tahan juga hasil hari ni. 3 tempat kami singgah. Macam juga pokok-pokok dibeli. 

   Paling seronok rasanya berkunjung ke nursery Tapang. Banyaknya pokok landskap dijual, harga berpatutan. Teringin rasa nak beli anak pokok palma, RM15 je. Maklumlah aku ni peminat pokok landskap sebab tahan lasak & tak perlu susah-susah nak jaga. Pasu reject yang besar RM15 kat situ tapi masih baru, pun aku beli. Sampaikan pegaga pun dibeli, paling menarik tengok ia ditanam dalam air. Kaktus-kaktus pun tak mahal dan bersaiz besar. Berbaloi untuk dikunjungi lagi.



Kaktus yang sebesar ni RM10 je. Murah juga.

Pokok limau nipis & limau kasturi pun rembat jugak. Hahaha

RM10, tak tahu nama pokok apa.. -_-

Yang anak pokok cedar ni pulak RM8, sesuai untuk buat landskap.

Beli sepohon lagi bonsai ficus, lebih murah RM12

Pegaga pun beli jugak, nampak comel je. Boleh buat ulam. 







Friday 12 December 2014

BENIH BARU SAMPAI

Sedar tak sedar, 2 hari je menunggu dah sampai benih order dari Elle Garden (Sabah). Jauh import tu memandangkan agak sukar untuk mencari benih-benih herba ni. Tak sabar nak menyemai, namun aku ada misi lain untuk dilaksanakan. Jadi buat yang mana mampu dulu lah. Nak menyemai secara besar-besaran memang tak cukup masa dan tenaga sekarang ni.  



Semaian pada petang 13.12.2014
Disebabkan excited dapt benih-benih baru, semai jugak la di petang hari ni. Tapi kuantiti yang sangat kecil la, 2 lemon thyme & 2 dark purple basil. Macam best je tengok dalam video omputih tu guna propagator, jadi tiru jugak la macam mereka buat cuma bekas murah RM2 je. Hehe.

Thursday 11 December 2014

PENCAHAYAAN BUATAN 
(ARTIFICIAL LIGHTING)


Kaedah pencahayaan buatan ni biasa dilakukan dibebabkan beberapa faktor seperti:

* tumbuhan tidak dapat pencahayaan secukupnya dari matahari

* kawasan tanaman yang redup disebabkan terlindung daripada sinaran matahari
* cuaca sejuk / hujan yang berterusan
* untuk menggalakkan tumbesaran pokok
* mengelakkan seedling legging (keadaan yang mana pokok tinggi tapi daun kecil)

Cahaya pula boleh kita buat menggunakan lampu berpendafluor, lebih jimat dan cekap. Kuasa lampu bergantung kepada tahap keperluan cahaya & ruang untuk tumbuhan.


Contoh tumbuhan yang mendapat artificial lighting

Jangan risau tentang bil elektrik. Kalau kuasa lampu kecil, maka kecil la kos. Contoh:
Kuasa lampu 11W, penggunaan 8 jam / hari. Maka anggaran kos untuk sebulan hanyalah RM0.60 sahaja. Murah sahaja. Jadi tak perlu risau.


Wednesday 10 December 2014

PUDINA (Mentha)

Cerita kali ni tentang pudina. Sebulan lebih yang lalu, cikgu S yang 1 tempat kerja denganku memberikan pudina ni dan tidak pula diketahui spesies mana. Biasanya pudina ni orang buat minum teh ataupun ulam.

2 anak pokok pudina
Kira-kira 1 bulan setengah kemudian, setelah ditanamkan ke dalam pasu, hasilnya memuaskan. Melalui pembacaanku, pudina ni mudah dijaga & membiak dan pudina ni juga bersifat "penceroboh" jadi hati-hati kalau nak tanamkan dalam pasu yang sama bersama dengan tumbuhan lain.

(1 bulan 1/2 kemudian) Subur.. Siap bertunas-tunas, atas dan bawah.

Yang di bawah ni pula pokok pudina yang ditanam dalam pasu lebih besar. Beli seiikat RM1 je di RTC. Nampak segar dan subur.

Transplant pada 4.12.2014

Rendam dulu dalam bekas berisi air sebelum ditanam. Yang sudah berakar berpotensi tinggi untuk hidup.


Saturday 6 December 2014

SAGE (Salvia officinalis)


Sage. Baunya harum, seperti rosemary, ia boleh digunakan dalam masakan. Khabarnya dalam perubatan, ia boleh meningkatkan keupayaan kognitif, mengurangkan tekanan, baik juga untuk ketakhadaman dan gigitan serangga. Cubaan transplanting hari ke-2. Tak pasti lagi apakah perkembangannya. Susah untuk dijumpai di nursery-nursery berdekatan ni. Tu terpaksa guna kaedah transplant. Mudah-mudahan ada rezki.


Hampir seminggu selepas proses transplant, kelihatan pokok sage ini menunjukkan reaksi positif. Melalui pembacaan, kalau didapati pokok masih lagi segar selepas satu tempoh dan mengeluarkan pucuk serta daun baru maksudnya ia sudah tumbuh akar. Alhamdulillah. Nampaknya ada potensi baik untuk diperbanyakkan ni. 

Sage: Seminggu kemudian

Oh Rosemary

Kiri : Hasil keratan dari induk (berjaya hidup)
Tengah : Induk
Kanan : Keratan dari Tesco (tak tahu lagi nasibnya)

Susahnya nak biakkan rosemary. Walaupun sudah ku tahu cara yang betul, namun cubaan yang berjaya setakat ni hanya 1. Diulangi hanya SATU. Syarat-syaratnya seperti dalam blog ni http://www.tanamsendiri.com/2013/07/menyemai-keratan-rosemary.html
Lepas ni kalau terjumpa lagi pokok rosemary di nursery, aku nak beli banyak-banyak terus, biar puas hati.

Thursday 4 December 2014

KESIAN SI CILI

Awal
Terkini (1 minggu selepas dibotakkan)
Minggu ke-3



Proses permulaan : Membotakkan pokok cili




Seminggu aku meninggalkan SAIS untuk pulang bercuti. Pokok-pokok yang ku anggapkan sudah matang dan kukuh memang sengaja ditinggalkan di laman terbuka memandangkan cuaca sekarang sekejap panas sekejap hujan jadi tak perlu risau. Maklumlah susah untuk angkut semua untuk dibawa balik. Memang mengejutkan sewaktu sampai tadi, kering layu pokok cili ni. Tapi pokok-pokok lain segar bugar je. Mungkin pokok cili ni sensitif dan perlukan banyak air.

Jadi misi kepohonan bermula, botakkan dulu si cili ni dengan harapan lepas ni ada nafas baru. Kira nak tunggu rejuvenate la. Harap-harap berjaya. Siram 2 kali sehari.

11.12.14 : Seminggu berlalu selepas proses membotakkan pokok cili. Alhamdulillah, berjaya. Lihatlah pada daun-daun baru tumbuh pada pokok. 

25.12.14 : Alhamdulillah. Pokok cili ni dah pulih. 

Wednesday 3 December 2014

HARI INI UNTUK THYME & WATERCRESS

Pokok thyme yang comel-comel (baru transplant)


Hari ni ketika menerjah ke Tesco, aku dapati Thyme telah ada di pasaran. Tanpa fikir panjang aku sambar je sepaket. Memang nak buat eksperimen baru pula hari ni. Baunya seakan-akan bau maruku, memang selama ni tak pernah aku hidu bau thyme. Balik ke rumah, bermulalah sesi transplanting.

      Berbekalkan ilmu baru yang aku cungkil dair bekas anak muridku Ainur (yang ambil kursus perladangan) aku ubah campuran tanah. Kali ni nisbah pasir kasar dah bertambah berbanding tanah organik jadi tak perlu lagi guna tanah merah. Kata Ainur tanah merah bersifat asid jadi kalau nak neutralkan / alkali perlu campur kapur tanah. Kali ni aku perlu menunggu tempoh, nak tengok berjaya ke hidup si thyme ni. Melalui pembacaan khabarnya thyme mudah hidup.

Sambungan (seminggu selepas) : Alhamdulillah, thyme menunjukkan perkembagan positif. Lihat saja pada gambar di bawah. 

Thyme bersama ros

Thyme dan cili

Thyme dan thyme


Thyme kering
Haa gambar ni pula thyme kering, untuk masakan. Aku beli sebab tengok comel je botolnya. Tak mahal, RM3.99 je. Yang penting boleh tahan lama & berguna.

Okay, cerita seterusnya watercress atau dalam BM nya "selada air". Sebungkus yang banyak tu RM2.99 je. Sesuai buat ulam @ tumis. Aku aku ambil la sebahagian untuk ditanam. Yang ni lagi mudah, maklumlah tumbuhan herba ni bersifat akuatik. Jadi boleh la tanam dalam bekas berisi air je. Mama pula hadiah pasu leper tanah liat, sesuai sangat la untuk tanam pokok ni.



Tuesday 2 December 2014

Kisah Genovese Basil

Beli benih dari Mydin Mall KT


Tarikh semaian benih Genovese basil : 25/10/2014. Rasanya sudah 1 bulan berlalu. Aku pun tak pasti tumbesarannya memang perlahan ataupun pasunya kecil. Nampak kontot sangat pokok ni. Mungkin perlu alih ke pasu lebih besar ataupun kurangkan bilangannya. Kena cuba ni.


Nampak makin membesar dengan 3 pasang daun sebenar sudah muncul

11.12.2014 :
Nampaknya ada perkembangan positif, pokok-pokok selasih kian membesar setelah dipisah-pisahkan untuk membuka lebih ruang. 3 pasang daun sebenar yang sudah tumbuh memang cukup menggembirakan hati ini


15.12.2014 :
Hati gembira, alhamdulillah. Pokok-pokok selasih ni makin membesar dengan ada pokok yang pasangan daunnya sudah cecah 5-6 pasangan.



15/12/2014

26.12.2014 :
Dalam cuaca mendung, berangin & hujan sekarang ni, alhamdulillah pokok-pokok ni terus membesar. Ada yang sudah mempunyai 10 pasang daun.

26/12/2014

Selepas 3 bulan
Akhirnya matang, sudah berkudup bunga



OREGANO


TRANSPLANTING OREGANO


Minggu pertama


Tak sabar rasanya nak lihat hasil transplanting. Hari ni hari ke-2 dan nampaknya oregano masih segar dalam pasu. Harap-harap ada rezki, menjadi. 

2 minggu berlalu, 3/5 berjaya hidup. Nampak subur je yang dapat hidup tu. Hasil yang memuaskan.

Minggu ke-2 : Daun-daun baru muncul


Memasuki minggu ke-3 : Daun dan tunas bertambah lagi.
Pokok-pokok bertambah tinggi.

1 bulan kemudian


Dengan keratan batang, oregano berjaya dibiakkan lagi

Saturday 29 November 2014

HERBA dari TESCO

Kali ni nak bereksperimen dengan keratan herba dari Tesco pula. Ada rosemary,sage, sweet basil dan oregano. Murah je, RM0.99/paket. Tak salah rasanya nak mencuba. Mudah-mudahan ada rezki, insya-Allah.

Dipek segar dari Cameron Highland

Selepas beberapa jam diletak dalam bekas berair, nampaknya semua herba ni kembali segah

Friday 28 November 2014

PUDINA (MINT)


Murah sangat dijual pudina ni, RM1 je semua (dijual seikat). Tak fikir panjang terus beli je. Cuma tak pasti spesies mane pudina ni. Balik rumah terus je letak dalam gelas berisi air dan dijadikan eksperimen. Atas kiri yang nampak tiada akar, nanti nak tengok la lama mana tmepoh untuk tumbuh akar. Yang atas kanan pula ada akar manakala yang bawah tu ada akar dan dicelup dengan rooting powder. Tak lupa juga ada yang diminum, mint tea, memang sedap dan harum. 

Dracaena Marginata


Asalnya berkenan tengok Mama beli di RTC jadi hari ni aku bersama Mama pergi la mencari satu lagi. Sesuai nampak letak di rumah kuarters nanti. Letak dalam rumah pun boleh sebab tahan lasak & tak perlu jagaan rapi. Harganya RM25, pasu reject tu harganya RM5 je. Kira berbaloi sangat la.


BONSAI FICUS


Sewaktu singgah bersama Mama di Grace Garden, terbeli pulak bonsai jenis ficus ni. Tidak diketahui nama sebenarnya apa. RM15, rasanya murah dan comel. Kawan dari fb pula cakap spesies ni mudah dijaga & tahan lasak. Sesuai sangat la dibeli.

Thursday 27 November 2014

BERCUCUK TANAM DI MUSIM CUTI

Alhamdulillah, musim cuti sekolah muncul lagi. Cuti yang agak panjang di akhir tahun, aku mencuri sedikit masa untuk bercucuk tanam & bereksperimen.

Di bekas semaian ada tomato, ulam raja, genovese basil, cockscomb (balung ayam).
Sawi, kailan, kangkung, celery baru disemai.


G Mydin Mall terjumpa ni, balik boleh cuba.


Testing rooting powder pada keratan pokok ros bg percepatkan ptumbuhan akar..

Genovese Basil (Selasih jenis Genovese) yg berusia 1 bulan..





Thursday 23 October 2014

Pokok & Tanaman

Sejak akhir-akhir ini, hobiku yang baru iaitu bercucuk tanam @ berkebun mulai muncul dan meletus dengan hebat ekoran memasuki rumah baru. Walaupun rumah tidak berada di aras bawah berdekatan sumber tanah yang meluas, namun kediamanku yang baru di tingkat 2 kuarters SAIS ini tidak menghalangku meneruskan hobi baru ini. Bak kata orang "terapi minda"


Cubaan menggabungkan kaktus & succulent dalam 1 pasu

Menambahkan seri dalam bilik dengan pokok kekwa (chrysanthemum)

Sedikit hiasan mencantikkan suasana

Kaktus dengan bunga berwarna sangat menarik & mudah dijaga

Pemandangan di beranda depan, macam-macam pohon ada

Adenium & orkid pinang di beranda

Rosemary kesayangan.. Daun yang layu disimpan sebagai pewangi

Beranda belakang dijadikan kebun sayur. Ada lada, limau purut, bebawang, halia & kunyit

Bebawang, halia & kunyit yang bercambah