Total Pageviews

Thursday 29 January 2015

MENANAM SWEET BASIL

Keratan sweet basil ni saya beli dari TESCO. Selepas 5 hari, akar mulai tumbuh dan 2-3 hari kemudian lagi, akar sudah memanjang dah siap sedia untuk ditanam. Selain baunya yang harum, sweet basil ini juga enak dimakan. Peralihan dari musim hujan ke musim panas di Malaysia sekarang amat sesuai untuk semaian pokok-pokok herba yang baru.

Keratan basil

Keratan mula berakar selepas 5 hari

Berjaya ditanam

TUMBUHAN UNTUK DIMAKAN

Teruja pula pabila melihat pokok limau purut, delima & lada benggala (capsicum) di pasar Permaisuri. Harga capsicum mungkin agak mahal berbanding di Cameron Highland tapi rasanya berbaloi dibeli.

Kereta dah jadi kebun bergerak

RM17 Capsicum

RM13 untuk delima. Sudah berbunga

RM10 untuk limau kasturi. Lebat buahnya

Capsicum berbuah ranum selepas beberapa hari dibeli



Saturday 24 January 2015

GENOVESE BASIL SUDAH MATANG

Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan muncul jua. Alhamdulillah, setelah 3 bulan berlalu, pokok herba ini sudah matang. Saya belum cuba lagi, entah apalah rasanya. Sebenarnya nak tunggu ia berbunga baru nak cubit buang, boleh guna untuk masak. BIla dicubit buang, ia menggalakkan percambahan pokok ini. Kalau tak dibuang pula, pokok selasih ini akan cepat mati.


Dalam pasu ni ada 4 pohon


Kudup bunga yang baru muncul

Berdasarkan pengalaman, menanam dan menjaga pokok ini tidaklah sukar. Kesimpulannya,
1) siram sekali @ 2kali sehari jika cuaca panas
2) sinar matahari yang mencukupi (4-6 jam sehari)
3) tanah yang sesuai (kaya dengan nutrien)
4) baja organik dengan kekerapan 2 minggu sekali

Jika pembaca yang berminat, selamat mencuba 

BOLA TAMPAR SAIS 2015

Pabila tahun baru menjelma, semangat & azam baru pun menjelma. Tahun ni target untuk menang MSSD Setiu keseluruhan.Untuk pasukan perempuan MoonLight tiada perbuahan ketara kerna masih mengekalkan pemain-pemain lama. Tetapi pasukan lelaki banyak perubahan demi mencari kekuatan sebenar sebuah pasukan. Pemain lama yang masih tinggal hanyalah 1/2 sahaja.

Minggu lepas pula, peluang program pengantarabangsaan bersama Sekolah Menengah Atas Negeri 7 Bogor, Indonesia (SMAN7) digunakan untuk mencari pengalaman bertanding bola tampar. Yang penting ialah pengalaman, bukannya kemenangan buat masa ini.








Tuesday 20 January 2015

NASYID SAIS

Kumpulan nasyid Soutul Iman terus dilanda ujian dan dugaan. Seawal buka persekolahan, masing-masing dikejutkan dengan berita Mubin bakal berpindah. Dia hanya menunggu surat kelulusan je sekarang. Semalam semasa latihan untuk persembahan malam ini, Amir Hamzah atau nama panggilan Am pula demam panas. Sebagai salah seorang penyanyi, memang berisiko kalau dipaksa dia meneruskan latihan. 


Nazirul Mubin (dalam bulatan)

Amir Hamzah (dalam bulatan)

Terbaru Fadzil (pelapis percussionist) pula demam dan sedang berehat pagi ni. Pengambilan Habib sebagai penyanyi pelapis juga agak berisiko memandangan dia tidak mempunyai pengalaman langsung jadi banyak kekurangan yang dilihat.  Walaubagaimapun aku tetap rasa tenang pada tahun ini, alhamdulillah. 

Apabila dikenang kembali, terasa sayu dan hiba melihat banyak dugaan yang datang melanda. Walaubagaimanapun, segala keperitan dan kesusahan itulah mengajar kami semua terutama anak-anak didikku menjadi matang dan bersikap profesional. Semoga masalah yang melanda dapat diatasi, segala kekurangan dapat ditampung dan semoga kumpulan ini terus tabah mengharungi segala dugaan dan cabaran.


Soutul Iman semasa show Malam Kebudayaan Program Pengantarabangsaan


Soutul Iman di sebalik tabir

Friday 9 January 2015

LENGGANG-LENGGANG KANGKUNG



Menanam kangkung tidaklah susah, memang senang dan tunggu masa je untuk menuai hasil. Lebih-lebih lagi di musim hujan yang lembap dan sejuk ini, kadar penyiraman pun berkurang. Memadai 3 hari sekali siram. Menarik juga pabila bekas berisi tanaman kangkung ni digantung di tepi tingkap je.

 Lenggang-lenggang kangkung, kangkung di tepi tingkap


Gantung di tingkap untuk jimatkan ruang

Kangkung berusia seminggu, asalnya hanya ada batang sahaja


2 minggu kemudian.........




Friday 2 January 2015

WATER BEAD

Yang ni pun berbaloi juga dibeli. Tak pasti dalam BM nya dipanggil apa. Kalau ikut terjemahan manik air kot, hehe.. RM6.00 boleh dapat 10 paket (setiap paket ade 100 manik). Sesuai la untuk letak dalam balang kaca yang berisi bunga-bungaan atau tanaman hiasan dalam rumah (indoor).  Tak perlu risau nyamuk bertelur ke apa dalam bekas tu. Jom tengok gambar-gambar.

Menawan, cantik untuk hiasan

Macam-macam warna ditawarkan

Isi air terus kembang sebegini
Keterangan penjual:

Kosongkan manik air ke dalam bekas yang besar.
Anda memerlukan 1 liter atau lebih air setiap 10 gram manik.
Tinggalkan untuk rendam selama 12-24 jam, buang airnya, bilas dan sedia untuk digunakan.
Jauhkan dari cahaya matahari terus
Selepas beberapa minggu, anda boleh "rehydrate"  dengan menambah air.
Lebih kurang 3 mm sebelum membesar
Lebih kurang 10-20 mm selepas membesar

PLANT MARKERS (PENANDA TANAMAN)

Belek-belek di eBay, berkenan pula untuk membeli penanda ni. Dengan harga RM9.00 boleh dapat 100 keping. Yang pasti, ianya  tidak la mahal, boleh diguna untuk tempoh lama dan sukar dijumpai di Malaysia (ye kot).


Boleh melabel tanaman, kot-kot bertukar jenis tanaman

Comel juga diletak dalam pasu kecil

Ada 100 keping, kira murah la tu dengan harga 9 sen satu

















Mengikut kata penjualnya:

"  Tag putih plastik ini adalah kukuh dan tidak akan rapuh seperti tag plastik yang biasa.
* Tidak akan reput seperti kayu tag lakukan sama ada.
* Tidak berkarat seperti tag logam.
* Cukup pendek untuk dimuatkan di dalam pasu atau mini rumah hijau
* Tahan lama
* Boleh ditulis menggunakan pensil atau marker
* Mudah dibersihkan untuk digunakan semula.
Panjang: 10 cm / 4 inci
Lebar: 2 cm / 0.8 inci
Bahan: PVC plastik
"KARANGAN" PERTAMA 2015

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah memasuki tahun masihi 2015. Kenangan banjir yang baru saja berlalu sukar dilupakan. Mujurlah rumah mak di Kota Bharu tidak dinaiki air namun segala kepayahan turut terasa. Bayangkan dalam musim banjir besar, harga barangan keperluan meningkat ke tahap yang kronik contohnya telur sebiji dijual dengan harga RM1, ayam seekor RM30, petrol sebotol 1.5 liter RM10 dan macam-macam lagi. Pasaraya besar pun sudah kehabisan bekalan memandangkan hanya Mydin Mall dan Nirwana di Kubang Kerian sahaja yang dapat beroperasi. Okaylah, di sini saya ingin paparkan gambar-gambar pasca banjir di sekitar Kota Bharu. Maklumla, saya sebenarnya tidak berapa gemar menulis sebaliknya gemar membaca.