Total Pageviews

Friday, 17 November 2017

CHIVES

Setelah lama menanti, akhirnya berjumpa jua si chives. Jauh ni beli, kebetulan singgah Jaya Grocer Bangi.

RM5.90

Nampak banyak pokok ni

Pisah-pisahkan pokok

Transplant dalam besen. Di dalam setiap lubang, saya letakkan sedikit epsom salt untuk kesihatan akar

Tak muat dalam besen, lebihan chives tanam dalam pasu

Gunting rambut sikit, bagi kemas. Boleh la makan.


UBI KENTANG - POTATO

Saya ingin cuba menanam pokok kategori akar (roots) jadi pilihan mudah ialah ubi kentang.
Cubaan menanam dalam pasu yang besar. Walaubagaimanapun, setelah daun menunjukkan simptom kekuningan dan berbintik, saya cuba gali untuk lihat hasilnya selepas 1 bulan.



Pabila bertanya rakan2 dari facebook, akhirnya saya ketemui jawapan cara menanam yang betul.




Friday, 10 November 2017

DIARI PERKEBUNAN NOVEMBER 2017

Biasa kita dengar istilah *Garden Log* jadi saya ingin ambil peluang untuk mulakan diari perkebunan sebagau rujukan masa hadapan dan sesi perkongsian。

Pagi Sabtu : 11 Nov

1. Proses mengalih anak pokok (transplanting) bayam hijau dan sawi pakchoy. Ini akan memberikan lebih ruang dan nutrisi untuk membesar dengan lebih baik.

                                           Bayam berusia 2 minggu

Sawi pakchoy usia 2 minggu
Sebelum transplant, bayam & pakchoy hidup bercampur gaul

2. Menuai pudina sambil menyediakan anak pokok baru。 Pudina yang mudah hidup ini, biasanya ambil masa 1 minggu untuk bercambah。 Biasanya lebih cepat 3-5 hari。Boleh juga semai terus tapi pastikan kelembapan tanah terjaga, jika tidak pertumbuhan akar akan terganggu。

Teknik rendam dalam air, pastikan daun bahagian bawah dibuang supaya tidak merosakkan kualiti air.



Pudina yang lebih, boleh dibuat minuman. Sangat segar.

JUMAAT : 17 November
Menyediakan *rumah* bagi bakal penghuni iaitu tomato
Menuai hasil salad lettuce, chives, kangkung, pudina

Berkebun dalam cuaca panas.. Dah lama air hujan tak dapat dituai

Menabur epsom salt

JUMAAT 24 Nov : Hujan sepanjang hari jadi aktiviti berkebun pun agak terbantut 
Berkongsi anak pokok dengan rakan-rakan
26 Nov : Ahad
* Tetap setia berkebun meskipun hari hujan



























Thursday, 9 November 2017

VERTICAL GARDEN

Vertical garden atau dalam bahasa Melayu "kebun menegak" merupakan salah satu cara menanam efektif bagi yang memiliki ruang yang terhad. Dengan menggunakan barang terpakai, memang suatu langkah yang bijak dan kreatif untuk mempelbagaikan teknik berkebun. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman membuat vertical garden. Saya gunakan besi terpakai (asalnya rak besi), bekas letak sudu berpenyangkut terpakai dan plastik (lubangkan kecil di bahagian bawahnya)

Projek kali ini, saya tanam kangkung dan daun selom。 Guna sahaja lebihan keratan batang daripada sayur asal, memang jimat。☺





1 minggu kemudian



Tuesday, 7 November 2017

KACANG RENEK


Saya lebih suka menanam kacang renek berbanding kacang panjang, dengan rasa yang sama tetapi pokok kacang renek lebih mudah ditananam memandangkan pokoknya kecil sahaja dan tidak memerlukan pancang untuk melilit.

Benih dibeli dari kedai Peladang
Benih disemai




Usia 3 hari

4 hari sudah mengeluarkan daun
10 hari sudah mengeluarkan 2-3 pasang daun sebenar

Hari ke-12, transplant ke pasu lebih besar
























TOMATO

Sudah lama tidak menanam tomato, memandangkan pokok tomato ni agak leceh untuk dijaga dan mudah diserang perosak seperti aphid, mealy bug dan white fly. Namun, kali ni saya cuba lagi untuk menanam tomato.

Mula menyemai benih

5 hari selepas disemai

Hari ke-20. Banyaknya anak tomato. Saya cuba iklankan kepada rakan-rakan nak kongsikan






























Sunday, 5 November 2017

SPM 2017 BERMULA

Selamat berjuang anak-anak murid SPM 2017 batch FULEOS. Bukan isu halalkan ilmu kerna cikgu hanya penyampai ilmu, bukan pemilik ilmu. Cikgu juga peminjam ilmu daripada Yang Maha Bijaksana.

Pengetua (Tn Haji Noor Razi) menyampaikan amanat terakhir





Wakil ibu bapa turut mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat berjuang


Tak lupa bersua foto dengan latar belakang calon SPM