Total Pageviews

Sunday, 5 November 2017

BENDI (OKRA)


Ketika musim hujan nan dingin dan lembap (bermula bulan Oktober), amat sesuai untuk menyemai benih. Kali ni, saya cuba untuk menanam pokok kacang bendi.

Benih mula bercambah setelah 3 hari disemai
Benih lain yang sama waktu disemai. 5 hari.
Hari ke-6
Usia 2 minggu

_

LETTUCE

Salad lettuce menjadi kegemaran saya. Akhir-akhir ni lagi minat, pabila isteri tercinta selalu buat masakan salad ayam @ salad ikan dory, bekal makan di sekolah. Memang menyelerakan dan penuh berkhasiat. Di sini, saya ingin kongsikan pengalaman menanam lettuce.

Lettuce mengambil masa yang singkat untuk membesar, memang sesuai ditanam untuk hasil yang cepat. Penjagaannya juga mudah, tidak cerewet. Sesuai untuk pekebun amatur. Tempoh bercambah benih sebaik disemai lebih kurang 5 hari. Menanam terus ke tempat kekal adalah lebih baik memandangkan daunnya rapuh jika ingin dialihkan. 

Dengan usia 1 bulan 1/2, lettuce sudah matang dan boleh dituai


Cara petik lettuce paling sesuai ialah dengan memetik bahagian daun paling luar. Tinggalkan yang lain, supaya pokoknya masih memberikan hasil selanjutnya.


Ini kali ke-4 lettuce dituai, segar dari kebun


Lettuce pada usia 1 bulan, padat. Pabila diasing-asingkan ke pasu/bekas lain dan dijarakkan, barulah lettuce makin membesar.

Saturday, 4 November 2017

ITALIAN PARSLEY..

Italian parsley (petroselinum crispum) salah satu pohon herba barat yang saya tanam dan tahan lasak. Mula tanam pada awal tahun 2017. Sampai sekarang masih berkeadaan baik. Cara penjagaan yang mudah, tidak perlu fikir tentang siraman air (jika tinggalkan rumah untuk beberapa hari) asalkan medium yang digunakan tidak mudah kering. Letakkan di tempat separa teduh. Sangat sesuai dibuat campuran dalam masakan spageti.


Friday, 3 November 2017

BERKEBUN DI PAGI SABTU

Misi hari ini, sesi berkebun di musim hujan nan dingin

1. Replanting perennial herbs iaitu menanam semula pokok hidup lama Oregano & chives (kucai). Lama sangat oregano ni hidup (saya mula tanam daripada keratan hujung tahun 2014) tapi kita perlu tanam semula pabila ia sudah tua atau kurang produktif. Hasilnya nanti pasti mengagumkan. Kucai pula saya tanam bermula bulan 9 tahun lepas (2016).
~Herbs Lover~
OREGANO

  • KUCAI
2. Melihat semaian benih daun sup (Chinese celery). Kebiasaannya ia mengambil masa hampir 2 minggu utk bercambah. 2-3 bulan untuk dituai dan jika dijaga rapi, boleh diguna untuk tempoh 1 tahun lamanya.


Thursday, 7 September 2017

PERTANDINGAN ROKET AIR 2017

ロケットの競り合いでは、 私はレフリーになる。 SAISで 試合






















Sunday, 26 April 2015

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SETIU

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SETIU

.

Ilman : Kapten pasukan, pelajar ting. 4. Mula bermain dengan aktif di sekolah menengah sewaktu ting. 3. Dalam masa setahun banyak perkembangan dan perubahan.

Danial : Pelajar ting. 2. Pernah menyertai kejohanan peringkat kebangsaan semasa sekolah rendah. Kemahiran dan kebolehannya yang terbaik dalam pasukan.

Taufik  : Satu-satunya pelajar tahun akhir (ting. 5). Kali terakhir pernah bermain sewaktu darjah 6. Dalam tempoh yang singkat 3 bulan berlatih dia mampu berdiri sebaris dengan ahli pasukan yang lain.

Aizad  : Satu-satunya pelajar ting. 1 dalam pasukan utama. Meskipun kecil, kelincahannya sangat mengagumkan. Menjadi setter utama dalam pasukan kerna kebolehan setting nya adalah yang terbaik selepas Danial.

Hanif  :  Pelajar ting. 2 yang berbakat dan pernah menjadi libero sebelumnya.

Harith : Libero pasukan, pelajar ting. 2 yang lincah dan kemahiran digging yang sangat baik.

Fahmi : Pelajar ting. 3 yang dahulunya pernah cedera (patah tulang betis) sewaktu perlawanan ragbi. Seorang pemain yang sangat berbakat.

Saturday, 25 April 2015

Pertandingan Nasyid MTQ 2015 (kisah Soutul Iman)

Pertandingan Nasyid MTQ 2015 (kisah Soutul Iman)

Rezki  Soutul Iman pada tahun ini, johan pertandingan nasyid MTQ peringkat zon dan daerah. Meskipun tewas di peringkat negeri, namun kami redha. Mereka sendiri yang nyanyikan bait lagu “redha terima segala takdir Allah”. Yang penting kita semua telah usaha, doa dan tawakkal. Ceria walaupun kalah jua akhirnya.

Di pertandingan peringkat zon


Pertandingan peringkat daerah


Pertandingan peringkat negeri di SMKA Wataniah Jerteh

Di sini ku ingin sertakan juga lirik lagu-lagu yang telah dipertandingkan yang mungkin akan dilupakan dan mungkin di sini jualah kita dapat mengenang kembali segala pahit manis perjuangan 2015. Jangan bersedih anak-anak didikku. Percayalah pada segala takdir ketentuan Allah. Apapun daku berpuas hati dengan pencapaian pada tahun ini. Kamu bukan tidak bagus, tetapi bukan rezki kita untuk tahun ini.
Lagu 1: Al-Quran nadi transformasi ummah

Al-Quran nadi transformasi ummah
Al-Quran pembina wasatiyyah ummah

Al-Quran disusuri dengan ikhlasnya hati
Beramallah serta makna dihayati
Di sebalik kalam suci
Menjana ummah harmoni

Kitab al-Quran membentuk peribadi cemerlang
Membina sahsiah insan yang gemilang
Mampu menjana ketamadunan sejati
Kitab Allah kalam murni penuh suci
(kalam murni penuh suci)

Ya.. Haaaa.. Haaa.. Haaaa
Ya.. Haaaa.. Haaa.. Haaaa
Haa aaaa.. Haaa.. haaa.. Haaaa.. Haaa
(Al-Quran nadi transformasi ummah)

Al-Quran nadi transformasi ummah
(qasidah)

Iqrau iqrau iqrau al-Furqan
Al-Quran nadi transformasi ummah

Al-Quran as-sunnah dijadikan panduan
Semoga hidup dalam keamanan
Rahmat  membaluti  insan
Disirami kasih Tuhan

Kitab al-Quran membentuk peribadi cemerlang
Membina sahsiah insan yang gemilang
Mampu menjana ketamadunan sejati
Kitab Allah kalam murni penuh suci

Al-Quran nadi transformasi ummah

Lagu & Lirik : MOHD HAZRAN BIN RAHIMI   
                        (SM SAINS SETIU)


Lagu 2 : Kemanisan Iman Mutiara Kehidupan

Umat Islam yang memelihara iman,
Jaga ibadat dan kelakuan,
Mengharap keredhaan Tuhan,
Utamakan Allah serta rasul-Nya,
Lebih daripada segala harta dunia

Manisnya iman yang dirasakan,
Jadi mutiara kehidupan,
Allah serta Rasul-Nya,
Dicintai mengatasi segalanya

Kasih mengasihi semua insan,
Demi cintakan Tuhan,
Azab neraka dijauhkan,
Serta hindari kekufuran

Bersyukurlah atas segala nikmat,
Redha terima segala takdir Allah,
Ikhlas dalam amal ibadat,
Berjihadlah ke jalan Allah

Umat Islam yang memelihara iman,
Jaga ibadat dan kelakuan,
Mengharap keredhaan Tuhan,
Utamakan Allah serta rasul-Nya,
Lebih daripada segala harta dunia

Manisnya iman yang dirasakan,
Jadi mutiara kehidupan,
Allah serta Rasul-Nya,
Dicintai mengatasi segalanya

Kasih mengasihi semua insan
Demi cintakan Tuhan
Azab neraka dijauhkan
Serta hindari kekufuran

Bersyukurlah atas segala nikmat,
Redha terima segala takdir Allah,
Ikhlas dalam amal ibadat,
Berjihadlah ke jalan Allah


Lagu & Lirik : MOHD HAZRAN BIN RAHIMI   

                        (SM SAINS SETIU)

P/S : Terima kasih ustaz Muzaha yang tolong terjemah ke bahasa Arab bahagian qasidah