Total Pageviews

Tuesday, 7 November 2017

TOMATO

Sudah lama tidak menanam tomato, memandangkan pokok tomato ni agak leceh untuk dijaga dan mudah diserang perosak seperti aphid, mealy bug dan white fly. Namun, kali ni saya cuba lagi untuk menanam tomato.

Mula menyemai benih

5 hari selepas disemai

Hari ke-20. Banyaknya anak tomato. Saya cuba iklankan kepada rakan-rakan nak kongsikan






























Sunday, 5 November 2017

SPM 2017 BERMULA

Selamat berjuang anak-anak murid SPM 2017 batch FULEOS. Bukan isu halalkan ilmu kerna cikgu hanya penyampai ilmu, bukan pemilik ilmu. Cikgu juga peminjam ilmu daripada Yang Maha Bijaksana.

Pengetua (Tn Haji Noor Razi) menyampaikan amanat terakhir





Wakil ibu bapa turut mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat berjuang


Tak lupa bersua foto dengan latar belakang calon SPM



BENDI (OKRA)


Ketika musim hujan nan dingin dan lembap (bermula bulan Oktober), amat sesuai untuk menyemai benih. Kali ni, saya cuba untuk menanam pokok kacang bendi.

Benih mula bercambah setelah 3 hari disemai
Benih lain yang sama waktu disemai. 5 hari.
Hari ke-6
Usia 2 minggu

_

LETTUCE

Salad lettuce menjadi kegemaran saya. Akhir-akhir ni lagi minat, pabila isteri tercinta selalu buat masakan salad ayam @ salad ikan dory, bekal makan di sekolah. Memang menyelerakan dan penuh berkhasiat. Di sini, saya ingin kongsikan pengalaman menanam lettuce.

Lettuce mengambil masa yang singkat untuk membesar, memang sesuai ditanam untuk hasil yang cepat. Penjagaannya juga mudah, tidak cerewet. Sesuai untuk pekebun amatur. Tempoh bercambah benih sebaik disemai lebih kurang 5 hari. Menanam terus ke tempat kekal adalah lebih baik memandangkan daunnya rapuh jika ingin dialihkan. 

Dengan usia 1 bulan 1/2, lettuce sudah matang dan boleh dituai


Cara petik lettuce paling sesuai ialah dengan memetik bahagian daun paling luar. Tinggalkan yang lain, supaya pokoknya masih memberikan hasil selanjutnya.


Ini kali ke-4 lettuce dituai, segar dari kebun


Lettuce pada usia 1 bulan, padat. Pabila diasing-asingkan ke pasu/bekas lain dan dijarakkan, barulah lettuce makin membesar.

Saturday, 4 November 2017

ITALIAN PARSLEY..

Italian parsley (petroselinum crispum) salah satu pohon herba barat yang saya tanam dan tahan lasak. Mula tanam pada awal tahun 2017. Sampai sekarang masih berkeadaan baik. Cara penjagaan yang mudah, tidak perlu fikir tentang siraman air (jika tinggalkan rumah untuk beberapa hari) asalkan medium yang digunakan tidak mudah kering. Letakkan di tempat separa teduh. Sangat sesuai dibuat campuran dalam masakan spageti.


Friday, 3 November 2017

BERKEBUN DI PAGI SABTU

Misi hari ini, sesi berkebun di musim hujan nan dingin

1. Replanting perennial herbs iaitu menanam semula pokok hidup lama Oregano & chives (kucai). Lama sangat oregano ni hidup (saya mula tanam daripada keratan hujung tahun 2014) tapi kita perlu tanam semula pabila ia sudah tua atau kurang produktif. Hasilnya nanti pasti mengagumkan. Kucai pula saya tanam bermula bulan 9 tahun lepas (2016).
~Herbs Lover~
OREGANO

  • KUCAI
2. Melihat semaian benih daun sup (Chinese celery). Kebiasaannya ia mengambil masa hampir 2 minggu utk bercambah. 2-3 bulan untuk dituai dan jika dijaga rapi, boleh diguna untuk tempoh 1 tahun lamanya.


Thursday, 7 September 2017

PERTANDINGAN ROKET AIR 2017

ロケットの競り合いでは、 私はレフリーになる。 SAISで 試合