Total Pageviews

Saturday, 29 November 2014

HERBA dari TESCO

Kali ni nak bereksperimen dengan keratan herba dari Tesco pula. Ada rosemary,sage, sweet basil dan oregano. Murah je, RM0.99/paket. Tak salah rasanya nak mencuba. Mudah-mudahan ada rezki, insya-Allah.

Dipek segar dari Cameron Highland

Selepas beberapa jam diletak dalam bekas berair, nampaknya semua herba ni kembali segah

Friday, 28 November 2014

PUDINA (MINT)


Murah sangat dijual pudina ni, RM1 je semua (dijual seikat). Tak fikir panjang terus beli je. Cuma tak pasti spesies mane pudina ni. Balik rumah terus je letak dalam gelas berisi air dan dijadikan eksperimen. Atas kiri yang nampak tiada akar, nanti nak tengok la lama mana tmepoh untuk tumbuh akar. Yang atas kanan pula ada akar manakala yang bawah tu ada akar dan dicelup dengan rooting powder. Tak lupa juga ada yang diminum, mint tea, memang sedap dan harum. 

Dracaena Marginata


Asalnya berkenan tengok Mama beli di RTC jadi hari ni aku bersama Mama pergi la mencari satu lagi. Sesuai nampak letak di rumah kuarters nanti. Letak dalam rumah pun boleh sebab tahan lasak & tak perlu jagaan rapi. Harganya RM25, pasu reject tu harganya RM5 je. Kira berbaloi sangat la.


BONSAI FICUS


Sewaktu singgah bersama Mama di Grace Garden, terbeli pulak bonsai jenis ficus ni. Tidak diketahui nama sebenarnya apa. RM15, rasanya murah dan comel. Kawan dari fb pula cakap spesies ni mudah dijaga & tahan lasak. Sesuai sangat la dibeli.

Thursday, 27 November 2014

BERCUCUK TANAM DI MUSIM CUTI

Alhamdulillah, musim cuti sekolah muncul lagi. Cuti yang agak panjang di akhir tahun, aku mencuri sedikit masa untuk bercucuk tanam & bereksperimen.

Di bekas semaian ada tomato, ulam raja, genovese basil, cockscomb (balung ayam).
Sawi, kailan, kangkung, celery baru disemai.


G Mydin Mall terjumpa ni, balik boleh cuba.


Testing rooting powder pada keratan pokok ros bg percepatkan ptumbuhan akar..

Genovese Basil (Selasih jenis Genovese) yg berusia 1 bulan..





Thursday, 23 October 2014

Pokok & Tanaman

Sejak akhir-akhir ini, hobiku yang baru iaitu bercucuk tanam @ berkebun mulai muncul dan meletus dengan hebat ekoran memasuki rumah baru. Walaupun rumah tidak berada di aras bawah berdekatan sumber tanah yang meluas, namun kediamanku yang baru di tingkat 2 kuarters SAIS ini tidak menghalangku meneruskan hobi baru ini. Bak kata orang "terapi minda"


Cubaan menggabungkan kaktus & succulent dalam 1 pasu

Menambahkan seri dalam bilik dengan pokok kekwa (chrysanthemum)

Sedikit hiasan mencantikkan suasana

Kaktus dengan bunga berwarna sangat menarik & mudah dijaga

Pemandangan di beranda depan, macam-macam pohon ada

Adenium & orkid pinang di beranda

Rosemary kesayangan.. Daun yang layu disimpan sebagai pewangi

Beranda belakang dijadikan kebun sayur. Ada lada, limau purut, bebawang, halia & kunyit

Bebawang, halia & kunyit yang bercambah

Thursday, 5 December 2013

MEMILIKI TANAH


Memiliki tanah persendirian adalah menjadi idaman hampir kesemua umat manusia di dunia ini. Pengalamanku hari ini memberikan pengetahuan yang baru. Bersama-sama adik, kami menuju ke pejabat tanah bagi urusan pertukaran nama daripada pemilik asal kepada nama tuan punya terbaru (kami). Dalam keadaan kebingungan dan serba tidak tahu maklumlah kali pertama buat kerja ini, aku banyak bertanya dan bergerak dari kaunter ke kaunter, bilik ke bilik selama tempoh 2 jam. Alhamdulillah, setelah mendapat kerjasama dan jawapan yang baik serta layanan mesra daripada semua pegawai dan staf yang bertugas, selesai jua misi hari ini.



Jadi, penting kepada pembaca yang berminat untuk membeli tanah buat pertama kalinya dan tiada panduan, suka citanya ingin ku kongsikan tentang tatacara @ prosedur ringkas yang perlu dilakukan agar pembaca tidak kebingungan:

1- Pastikan anda mengisi terlebih dahulu borang 14 A (jika datang berasingan dengan tuan pemilik asal tanah, pastikan borang tersebut telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemilik asal). Pastikan anda membawa semua dokumen sokongan (biasanya penjual tanah akan serahkan lengkap termasuk dokumen perjanjian dan salinan kad pengenalan penjual)

2- Pastikan geran tanah tidak ada "kaveat" atas nama individu lain (di bawah sebelah muka belakang geran). Dimaklumkan tempoh "kaveat" adalah 6 tahun dari tarikh geran dikeluarkan. Dengan kata lain, geran yang perlu ada mesti hanya atas nama pemilik asal seorang sahaja. (penulis dapat geran ke-2 iaitu Cabutan Hak Milik dan tiada kaveat).

3- Dapatkan slip "Nilaian Tanah Untuk Urusniaga" di kaunter pendaftaran yang akan dinilai, ditaksir dan diisi oleh staf di bahagian Nilaian Tanah.  

4- Beli setem hasil yang nilainya 1% daripada nilai tanah semasa (nilainya ditentukan oleh staf yang berkenaan) contohnya jika nilai tanah semasa RM100,000 maka setem hasil bernila RM1,000. Tugas kita hanyalah membeli setem dan pergi ke kaunter "Duti Setem" untuk matikan setem dan perlu mengisi borang LHDN (ada maklumat pemilik asal dan pemilik baru). Jangan lupa perlu fotokopi geran asal termasuk peta & borang 14 A. Salinan tersebut beserta borang LHDN akan diambil oleh staf bahagian "Duti Setem" tersebut.

5- Ke kaunter pembayaran untuk mendapatkan "Resit Duti Setem" dan perlu membayar RM180 (pertukaran hak milik) dan cukai tanah RM 11. Cukai tanah ialah RM11 setahun dan perlu dibayar bermula Januari - Jun bagi mengelakkan didenda (tambahan RM 17).

6- Terakhir, sekali lagi ke kaunter pendaftaran untuk menyerahkan semua dokumen dan staf di kaunter tersebut akan menyerahkan slip untuk ditulis no. telefon dan jika tidak dihubungi maka tiada sebarang masalah. Geran baru akan siap dalam tempoh 2 hari bekerja sahaja.

Begitulah secara ringkas dan padat yang dapat dikongsikan buat tatapan pembaca dan mudah-mudahan menjadi panduan berguna di masa depan.