Total Pageviews

Thursday, 18 December 2014

SERBU!!! 
MACAM-MACAM 

Hari ni hari gaji, awal jugaklah pada bulan Disember bagi penjawat-penjawat awam. Dalam cuaca yang hujan ni, aku bersama Mama keluar ke nursery-nursery di sekitar. Boleh tahan juga hasil hari ni. 3 tempat kami singgah. Macam juga pokok-pokok dibeli. 

   Paling seronok rasanya berkunjung ke nursery Tapang. Banyaknya pokok landskap dijual, harga berpatutan. Teringin rasa nak beli anak pokok palma, RM15 je. Maklumlah aku ni peminat pokok landskap sebab tahan lasak & tak perlu susah-susah nak jaga. Pasu reject yang besar RM15 kat situ tapi masih baru, pun aku beli. Sampaikan pegaga pun dibeli, paling menarik tengok ia ditanam dalam air. Kaktus-kaktus pun tak mahal dan bersaiz besar. Berbaloi untuk dikunjungi lagi.



Kaktus yang sebesar ni RM10 je. Murah juga.

Pokok limau nipis & limau kasturi pun rembat jugak. Hahaha

RM10, tak tahu nama pokok apa.. -_-

Yang anak pokok cedar ni pulak RM8, sesuai untuk buat landskap.

Beli sepohon lagi bonsai ficus, lebih murah RM12

Pegaga pun beli jugak, nampak comel je. Boleh buat ulam. 







Friday, 12 December 2014

BENIH BARU SAMPAI

Sedar tak sedar, 2 hari je menunggu dah sampai benih order dari Elle Garden (Sabah). Jauh import tu memandangkan agak sukar untuk mencari benih-benih herba ni. Tak sabar nak menyemai, namun aku ada misi lain untuk dilaksanakan. Jadi buat yang mana mampu dulu lah. Nak menyemai secara besar-besaran memang tak cukup masa dan tenaga sekarang ni.  



Semaian pada petang 13.12.2014
Disebabkan excited dapt benih-benih baru, semai jugak la di petang hari ni. Tapi kuantiti yang sangat kecil la, 2 lemon thyme & 2 dark purple basil. Macam best je tengok dalam video omputih tu guna propagator, jadi tiru jugak la macam mereka buat cuma bekas murah RM2 je. Hehe.

Thursday, 11 December 2014

PENCAHAYAAN BUATAN 
(ARTIFICIAL LIGHTING)


Kaedah pencahayaan buatan ni biasa dilakukan dibebabkan beberapa faktor seperti:

* tumbuhan tidak dapat pencahayaan secukupnya dari matahari

* kawasan tanaman yang redup disebabkan terlindung daripada sinaran matahari
* cuaca sejuk / hujan yang berterusan
* untuk menggalakkan tumbesaran pokok
* mengelakkan seedling legging (keadaan yang mana pokok tinggi tapi daun kecil)

Cahaya pula boleh kita buat menggunakan lampu berpendafluor, lebih jimat dan cekap. Kuasa lampu bergantung kepada tahap keperluan cahaya & ruang untuk tumbuhan.


Contoh tumbuhan yang mendapat artificial lighting

Jangan risau tentang bil elektrik. Kalau kuasa lampu kecil, maka kecil la kos. Contoh:
Kuasa lampu 11W, penggunaan 8 jam / hari. Maka anggaran kos untuk sebulan hanyalah RM0.60 sahaja. Murah sahaja. Jadi tak perlu risau.


Wednesday, 10 December 2014

PUDINA (Mentha)

Cerita kali ni tentang pudina. Sebulan lebih yang lalu, cikgu S yang 1 tempat kerja denganku memberikan pudina ni dan tidak pula diketahui spesies mana. Biasanya pudina ni orang buat minum teh ataupun ulam.

2 anak pokok pudina
Kira-kira 1 bulan setengah kemudian, setelah ditanamkan ke dalam pasu, hasilnya memuaskan. Melalui pembacaanku, pudina ni mudah dijaga & membiak dan pudina ni juga bersifat "penceroboh" jadi hati-hati kalau nak tanamkan dalam pasu yang sama bersama dengan tumbuhan lain.

(1 bulan 1/2 kemudian) Subur.. Siap bertunas-tunas, atas dan bawah.

Yang di bawah ni pula pokok pudina yang ditanam dalam pasu lebih besar. Beli seiikat RM1 je di RTC. Nampak segar dan subur.

Transplant pada 4.12.2014

Rendam dulu dalam bekas berisi air sebelum ditanam. Yang sudah berakar berpotensi tinggi untuk hidup.


Saturday, 6 December 2014

SAGE (Salvia officinalis)


Sage. Baunya harum, seperti rosemary, ia boleh digunakan dalam masakan. Khabarnya dalam perubatan, ia boleh meningkatkan keupayaan kognitif, mengurangkan tekanan, baik juga untuk ketakhadaman dan gigitan serangga. Cubaan transplanting hari ke-2. Tak pasti lagi apakah perkembangannya. Susah untuk dijumpai di nursery-nursery berdekatan ni. Tu terpaksa guna kaedah transplant. Mudah-mudahan ada rezki.


Hampir seminggu selepas proses transplant, kelihatan pokok sage ini menunjukkan reaksi positif. Melalui pembacaan, kalau didapati pokok masih lagi segar selepas satu tempoh dan mengeluarkan pucuk serta daun baru maksudnya ia sudah tumbuh akar. Alhamdulillah. Nampaknya ada potensi baik untuk diperbanyakkan ni. 

Sage: Seminggu kemudian

Oh Rosemary

Kiri : Hasil keratan dari induk (berjaya hidup)
Tengah : Induk
Kanan : Keratan dari Tesco (tak tahu lagi nasibnya)

Susahnya nak biakkan rosemary. Walaupun sudah ku tahu cara yang betul, namun cubaan yang berjaya setakat ni hanya 1. Diulangi hanya SATU. Syarat-syaratnya seperti dalam blog ni http://www.tanamsendiri.com/2013/07/menyemai-keratan-rosemary.html
Lepas ni kalau terjumpa lagi pokok rosemary di nursery, aku nak beli banyak-banyak terus, biar puas hati.

Thursday, 4 December 2014

KESIAN SI CILI

Awal
Terkini (1 minggu selepas dibotakkan)
Minggu ke-3



Proses permulaan : Membotakkan pokok cili




Seminggu aku meninggalkan SAIS untuk pulang bercuti. Pokok-pokok yang ku anggapkan sudah matang dan kukuh memang sengaja ditinggalkan di laman terbuka memandangkan cuaca sekarang sekejap panas sekejap hujan jadi tak perlu risau. Maklumlah susah untuk angkut semua untuk dibawa balik. Memang mengejutkan sewaktu sampai tadi, kering layu pokok cili ni. Tapi pokok-pokok lain segar bugar je. Mungkin pokok cili ni sensitif dan perlukan banyak air.

Jadi misi kepohonan bermula, botakkan dulu si cili ni dengan harapan lepas ni ada nafas baru. Kira nak tunggu rejuvenate la. Harap-harap berjaya. Siram 2 kali sehari.

11.12.14 : Seminggu berlalu selepas proses membotakkan pokok cili. Alhamdulillah, berjaya. Lihatlah pada daun-daun baru tumbuh pada pokok. 

25.12.14 : Alhamdulillah. Pokok cili ni dah pulih.