Total Pageviews

Sunday, 26 April 2015

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SETIU

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD SETIU

.

Ilman : Kapten pasukan, pelajar ting. 4. Mula bermain dengan aktif di sekolah menengah sewaktu ting. 3. Dalam masa setahun banyak perkembangan dan perubahan.

Danial : Pelajar ting. 2. Pernah menyertai kejohanan peringkat kebangsaan semasa sekolah rendah. Kemahiran dan kebolehannya yang terbaik dalam pasukan.

Taufik  : Satu-satunya pelajar tahun akhir (ting. 5). Kali terakhir pernah bermain sewaktu darjah 6. Dalam tempoh yang singkat 3 bulan berlatih dia mampu berdiri sebaris dengan ahli pasukan yang lain.

Aizad  : Satu-satunya pelajar ting. 1 dalam pasukan utama. Meskipun kecil, kelincahannya sangat mengagumkan. Menjadi setter utama dalam pasukan kerna kebolehan setting nya adalah yang terbaik selepas Danial.

Hanif  :  Pelajar ting. 2 yang berbakat dan pernah menjadi libero sebelumnya.

Harith : Libero pasukan, pelajar ting. 2 yang lincah dan kemahiran digging yang sangat baik.

Fahmi : Pelajar ting. 3 yang dahulunya pernah cedera (patah tulang betis) sewaktu perlawanan ragbi. Seorang pemain yang sangat berbakat.

Saturday, 25 April 2015

Pertandingan Nasyid MTQ 2015 (kisah Soutul Iman)

Pertandingan Nasyid MTQ 2015 (kisah Soutul Iman)

Rezki  Soutul Iman pada tahun ini, johan pertandingan nasyid MTQ peringkat zon dan daerah. Meskipun tewas di peringkat negeri, namun kami redha. Mereka sendiri yang nyanyikan bait lagu “redha terima segala takdir Allah”. Yang penting kita semua telah usaha, doa dan tawakkal. Ceria walaupun kalah jua akhirnya.

Di pertandingan peringkat zon


Pertandingan peringkat daerah


Pertandingan peringkat negeri di SMKA Wataniah Jerteh

Di sini ku ingin sertakan juga lirik lagu-lagu yang telah dipertandingkan yang mungkin akan dilupakan dan mungkin di sini jualah kita dapat mengenang kembali segala pahit manis perjuangan 2015. Jangan bersedih anak-anak didikku. Percayalah pada segala takdir ketentuan Allah. Apapun daku berpuas hati dengan pencapaian pada tahun ini. Kamu bukan tidak bagus, tetapi bukan rezki kita untuk tahun ini.
Lagu 1: Al-Quran nadi transformasi ummah

Al-Quran nadi transformasi ummah
Al-Quran pembina wasatiyyah ummah

Al-Quran disusuri dengan ikhlasnya hati
Beramallah serta makna dihayati
Di sebalik kalam suci
Menjana ummah harmoni

Kitab al-Quran membentuk peribadi cemerlang
Membina sahsiah insan yang gemilang
Mampu menjana ketamadunan sejati
Kitab Allah kalam murni penuh suci
(kalam murni penuh suci)

Ya.. Haaaa.. Haaa.. Haaaa
Ya.. Haaaa.. Haaa.. Haaaa
Haa aaaa.. Haaa.. haaa.. Haaaa.. Haaa
(Al-Quran nadi transformasi ummah)

Al-Quran nadi transformasi ummah
(qasidah)

Iqrau iqrau iqrau al-Furqan
Al-Quran nadi transformasi ummah

Al-Quran as-sunnah dijadikan panduan
Semoga hidup dalam keamanan
Rahmat  membaluti  insan
Disirami kasih Tuhan

Kitab al-Quran membentuk peribadi cemerlang
Membina sahsiah insan yang gemilang
Mampu menjana ketamadunan sejati
Kitab Allah kalam murni penuh suci

Al-Quran nadi transformasi ummah

Lagu & Lirik : MOHD HAZRAN BIN RAHIMI   
                        (SM SAINS SETIU)


Lagu 2 : Kemanisan Iman Mutiara Kehidupan

Umat Islam yang memelihara iman,
Jaga ibadat dan kelakuan,
Mengharap keredhaan Tuhan,
Utamakan Allah serta rasul-Nya,
Lebih daripada segala harta dunia

Manisnya iman yang dirasakan,
Jadi mutiara kehidupan,
Allah serta Rasul-Nya,
Dicintai mengatasi segalanya

Kasih mengasihi semua insan,
Demi cintakan Tuhan,
Azab neraka dijauhkan,
Serta hindari kekufuran

Bersyukurlah atas segala nikmat,
Redha terima segala takdir Allah,
Ikhlas dalam amal ibadat,
Berjihadlah ke jalan Allah

Umat Islam yang memelihara iman,
Jaga ibadat dan kelakuan,
Mengharap keredhaan Tuhan,
Utamakan Allah serta rasul-Nya,
Lebih daripada segala harta dunia

Manisnya iman yang dirasakan,
Jadi mutiara kehidupan,
Allah serta Rasul-Nya,
Dicintai mengatasi segalanya

Kasih mengasihi semua insan
Demi cintakan Tuhan
Azab neraka dijauhkan
Serta hindari kekufuran

Bersyukurlah atas segala nikmat,
Redha terima segala takdir Allah,
Ikhlas dalam amal ibadat,
Berjihadlah ke jalan Allah


Lagu & Lirik : MOHD HAZRAN BIN RAHIMI   

                        (SM SAINS SETIU)

P/S : Terima kasih ustaz Muzaha yang tolong terjemah ke bahasa Arab bahagian qasidah

Thursday, 29 January 2015

MENANAM SWEET BASIL

Keratan sweet basil ni saya beli dari TESCO. Selepas 5 hari, akar mulai tumbuh dan 2-3 hari kemudian lagi, akar sudah memanjang dah siap sedia untuk ditanam. Selain baunya yang harum, sweet basil ini juga enak dimakan. Peralihan dari musim hujan ke musim panas di Malaysia sekarang amat sesuai untuk semaian pokok-pokok herba yang baru.

Keratan basil

Keratan mula berakar selepas 5 hari

Berjaya ditanam

TUMBUHAN UNTUK DIMAKAN

Teruja pula pabila melihat pokok limau purut, delima & lada benggala (capsicum) di pasar Permaisuri. Harga capsicum mungkin agak mahal berbanding di Cameron Highland tapi rasanya berbaloi dibeli.

Kereta dah jadi kebun bergerak

RM17 Capsicum

RM13 untuk delima. Sudah berbunga

RM10 untuk limau kasturi. Lebat buahnya

Capsicum berbuah ranum selepas beberapa hari dibeli



Saturday, 24 January 2015

GENOVESE BASIL SUDAH MATANG

Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan muncul jua. Alhamdulillah, setelah 3 bulan berlalu, pokok herba ini sudah matang. Saya belum cuba lagi, entah apalah rasanya. Sebenarnya nak tunggu ia berbunga baru nak cubit buang, boleh guna untuk masak. BIla dicubit buang, ia menggalakkan percambahan pokok ini. Kalau tak dibuang pula, pokok selasih ini akan cepat mati.


Dalam pasu ni ada 4 pohon


Kudup bunga yang baru muncul

Berdasarkan pengalaman, menanam dan menjaga pokok ini tidaklah sukar. Kesimpulannya,
1) siram sekali @ 2kali sehari jika cuaca panas
2) sinar matahari yang mencukupi (4-6 jam sehari)
3) tanah yang sesuai (kaya dengan nutrien)
4) baja organik dengan kekerapan 2 minggu sekali

Jika pembaca yang berminat, selamat mencuba 

BOLA TAMPAR SAIS 2015

Pabila tahun baru menjelma, semangat & azam baru pun menjelma. Tahun ni target untuk menang MSSD Setiu keseluruhan.Untuk pasukan perempuan MoonLight tiada perbuahan ketara kerna masih mengekalkan pemain-pemain lama. Tetapi pasukan lelaki banyak perubahan demi mencari kekuatan sebenar sebuah pasukan. Pemain lama yang masih tinggal hanyalah 1/2 sahaja.

Minggu lepas pula, peluang program pengantarabangsaan bersama Sekolah Menengah Atas Negeri 7 Bogor, Indonesia (SMAN7) digunakan untuk mencari pengalaman bertanding bola tampar. Yang penting ialah pengalaman, bukannya kemenangan buat masa ini.








Tuesday, 20 January 2015

NASYID SAIS

Kumpulan nasyid Soutul Iman terus dilanda ujian dan dugaan. Seawal buka persekolahan, masing-masing dikejutkan dengan berita Mubin bakal berpindah. Dia hanya menunggu surat kelulusan je sekarang. Semalam semasa latihan untuk persembahan malam ini, Amir Hamzah atau nama panggilan Am pula demam panas. Sebagai salah seorang penyanyi, memang berisiko kalau dipaksa dia meneruskan latihan. 


Nazirul Mubin (dalam bulatan)

Amir Hamzah (dalam bulatan)

Terbaru Fadzil (pelapis percussionist) pula demam dan sedang berehat pagi ni. Pengambilan Habib sebagai penyanyi pelapis juga agak berisiko memandangan dia tidak mempunyai pengalaman langsung jadi banyak kekurangan yang dilihat.  Walaubagaimapun aku tetap rasa tenang pada tahun ini, alhamdulillah. 

Apabila dikenang kembali, terasa sayu dan hiba melihat banyak dugaan yang datang melanda. Walaubagaimanapun, segala keperitan dan kesusahan itulah mengajar kami semua terutama anak-anak didikku menjadi matang dan bersikap profesional. Semoga masalah yang melanda dapat diatasi, segala kekurangan dapat ditampung dan semoga kumpulan ini terus tabah mengharungi segala dugaan dan cabaran.


Soutul Iman semasa show Malam Kebudayaan Program Pengantarabangsaan


Soutul Iman di sebalik tabir