Biasa kita dengar istilah *Garden Log* jadi saya ingin ambil peluang untuk mulakan diari perkebunan sebagau rujukan masa hadapan dan sesi perkongsian。
Pagi Sabtu : 11 Nov
1. Proses mengalih anak pokok (transplanting) bayam hijau dan sawi pakchoy. Ini akan memberikan lebih ruang dan nutrisi untuk membesar dengan l
ebih baik.
Bayam berusia 2 minggu
|
Sawi pakchoy usia 2 minggu |
|
Sebelum transplant, bayam & pakchoy hidup bercampur gaul |
2. Menuai pudina sambil menyediakan anak pokok baru。 Pudina yang mudah hidup ini, biasanya ambil masa 1 minggu untuk bercambah。 Biasanya lebih cepat 3-5 hari。Boleh juga semai terus tapi pastikan kelembapan tanah terjaga, jika tidak pertumbuhan akar akan terganggu。
|
Teknik rendam dalam air, pastikan daun bahagian bawah dibuang supaya tidak merosakkan kualiti air. |
|
Pudina yang lebih, boleh dibuat minuman. Sangat segar. |
JUMAAT : 17 November
|
Menyediakan *rumah* bagi bakal penghuni iaitu tomato |
|
Menuai hasil salad lettuce, chives, kangkung, pudina |
|
Berkebun dalam cuaca panas.. Dah lama air hujan tak dapat dituai
Menabur epsom salt
JUMAAT 24 Nov : Hujan sepanjang hari jadi aktiviti berkebun pun agak terbantut
|
|
Berkongsi anak pokok dengan rakan-rakan |
26 Nov : Ahad
* Tetap setia berkebun meskipun hari hujan
Sedap nya pudina Segar! Buh dalam lemon pudina atau teh o pudina.
ReplyDeleteBtol.. Lemon balm pun sy suka.. tmbh halia & limau nipis
Delete