Total Pageviews

Wednesday 10 December 2014

PUDINA (Mentha)

Cerita kali ni tentang pudina. Sebulan lebih yang lalu, cikgu S yang 1 tempat kerja denganku memberikan pudina ni dan tidak pula diketahui spesies mana. Biasanya pudina ni orang buat minum teh ataupun ulam.

2 anak pokok pudina
Kira-kira 1 bulan setengah kemudian, setelah ditanamkan ke dalam pasu, hasilnya memuaskan. Melalui pembacaanku, pudina ni mudah dijaga & membiak dan pudina ni juga bersifat "penceroboh" jadi hati-hati kalau nak tanamkan dalam pasu yang sama bersama dengan tumbuhan lain.

(1 bulan 1/2 kemudian) Subur.. Siap bertunas-tunas, atas dan bawah.

Yang di bawah ni pula pokok pudina yang ditanam dalam pasu lebih besar. Beli seiikat RM1 je di RTC. Nampak segar dan subur.

Transplant pada 4.12.2014

Rendam dulu dalam bekas berisi air sebelum ditanam. Yang sudah berakar berpotensi tinggi untuk hidup.


2 comments:

  1. Datang membalas kunjungan. Terima kasih kerana sudi berkongsi tips gardening dengan saya. Nanti nak cuba tanam herba-herba yang Cikgu Hazran sarankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat dtg cik Farrah.. Hehe sbenarnya sy baru je berjinak2 dgn tanaman ni. Baru mula 2 bulan lalu dgn perlbagai eksperimen. Nnt kalo ada perkembangan kite share la.. tq

      Delete